NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 3 - iv
14 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Ogos 2025, telah berlangsung NADI MAHIR Foto sesi 2 - Kelas 3 - iv. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 04:30 petang. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, Guru MAHIR menerangkan mengenai pengenalan lens, apa itu lens dalam fotografi. Selain itu, Guru MAHIR menerangkan mengenai sistem lens kamera serta fungsinya. Seterusnya, Guru MAHIR menerangkan mengenai jenis-jenis lens seperti normal lens, zoom lens, telephoto lens, wide-angle lens, macro lens, autofocus dan manual facus. Antara lain, Guru MAHIR menerangkan mengenai jenis lens yang lain seperti prime lens, macro lens, fisheye lens dan tilt-shift lens. Akhir sekali, Guru MAHIR menerangkan mengenai exposure (EV) iaitu elemen asas untuk exposure dan kesan asas exposure.
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran fotografi peserta. Selain itu, dapat menggalakkan peserta mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan dan dapat membina hubungan baik diantara staf dan peserta.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: